Home Berita PAS Sarawak

Persiapan Gawai diraikan bersama PAS Sarawak

55
SHARE

Oleh: ABDUL QAYYUM RIDHUAN


KUCHING, 31 Mei 2024 – Sempena sambutan perayaan Hari Gawai yang dirayakan oleh masyarakat Dayak di negeri Sarawak, PAS Kawasan Petra Jaya (PKPJ) telah mengumpul sumbangan orang ramai untuk diedarkan kepada masyarakat Iban yang memerlukan di Kg Siol Kandis, Kuching.

Edaran sumbangan hari gawai tahun ini merupakan anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PKPJ dengan kerjasama LPN Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS).

Seramai 30 penduduk Iban dan sepuluh orang muallaf hadir menerima sumbangan berupa bakul makanan asas seperti beras, roti, susu tin dan seumpamanya.

“PAS kawasan Petra Jaya deka ngambi peluang nguchap Selamat Ari Gawai Dayak ngagai semua urang Sarawak ti ngintu. Kami ngarapka ari besai tu disambut enggau ati penuh pengasih enggau penyayau lalu mega ulih ngemanahka kaul kitai rayat sarawak. Bejimat maya pulai”. Kata Encik Nurul Azman, Pengerusi LPN PAS Negeri Sarawak ketika berucap kepada masyarakat Iban sebelum majlis penyampaian sumbangan bermula.

Encik Nurul Azman yang berbangsa Iban turut memperingatkan kepada semua agar perayaan yang diraikan disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan sederhana.

Selain beberapa ahli PKPJ, turut hadir bersama mengedarkan sumbangan adalah Cikgu Rasidi Harun Naib Yang Dipertua PAS Sarawak, Puan Umi Habsah selaku Timbalan Ketua Muslimat DMPNS dan Pn Ilyana Jamal, Pengerusi LPN DMPNS.

PAS Kawasan Petra Jaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai terutama para penyumbang yang memberi sokongan kepada program yang telah dianjurkan.

PKPJ juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari gawai dayak buat semua orang Sarawak.

Semoga sambutan yang diraikan disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan silaturrahim.

#lajnahperpaduannasional
#edarangawai
#PASPetraJaya
#PetraJayaSejahtera
#kamekprihatin