PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat tragedi Memali pada November 1985.
Perlu diingatkan bahawa PAS juga menuntut RCI ditubuhkan untuk 1MDB sejak 2015.
Desakan menubuhkan kedua-dua RCI ini bagi melakukan siasatan rapi dan memberikan keadilan kepada semua pihak.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Ogos 2017