Home Artikel PAS Perak

Perayaan Pertengahan Musim Luruh | Muslimat PAS Kawasan Gopeng

65 views
SHARE

Sempena sambutan perayaan pertengahan musim luruh, Lajnah perpaduan nasional PAS Kawasan Gopeng membuat lawatan ke pusat jagaan rumah orang tua-tua Papa Mama Home For Senior Citizens.

Pusat yang dikendalikan oleh Madam Mary Shalom mempunyai seramai 38 penghuni rumah yang tinggal di sini, rata-ratanya kaum tionghua.

Mereka dijaga dengan baik oleh 6 pekerja warga asing bersama Madam Mary.
Walaupun dijaga dengan baik tetapi mereka masih memerlukan kunjungan anak-anak atau saudara mara bagi menceriakan kehidupan mereka yg makin senja dan lemah.

Kunjungan kami Dewan Muslimat PAS Gopeng sambil mengedarkan Kuih Bulan ke sini amat mengembirakan mereka semua.

Pelbagai cerita dikongsi bersama ketika disantuni masing-masing menzahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana kunjungan Dewan Muslimat ini mengurangkan rasa rindu mereka kepada ahli keluarga.

Ketua Dewan Muslimat Gopeng berkata program ini amat memberi kesan positif bukan sahaja kepada warga tua malah para peserta juga turut mendapat pengalaman serta pengetahuan mengenai tujuan dan cara pengurusan rumah-rumah kebajikan.

Islam Memimpin
Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan