Home Artikel PAS Perak

Perasmian Hotel Sagittario Ipoh | YB Razman

365
SHARE

Image may contain: one or more people, people standing and flowerIPOH – 3 Ogos 2020

Merasmikan pembukaan Hotel Sagittario di Ipoh pada awal pagi ini dan turut meluangkan masa menjelaskan mengenai PAS dan hala tuju PAS Perak kepada masyarakat bukan Muslim di sini.

Dalam ucapan perasmian, YB Haji Razman juga merakamkan ucapan tahniah kepada pengusaha Hotel Sagittario yang berusaha keras menjana ekonomi dalam usia yang masih muda dan perlu menjadi teladan kepada anak muda Negeri Perak dalam membangunkan Modal Insan dalam pelbagai industri yang diceburi.

Diharapkan, melalui perasmian ini akan dapat menggalakkan kembali industri perlancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Semoga program dan pelbagai kempen yang diatur oleh Kerajaan Negeri akan dapat merancakkan lagi sektor perlancongan dalam negeri dan secara tidak langsung dapat memulihkan ekonomi pasca COVID-19 ini.

Turut hadir bersama ialah pemilik Hotel Sagittario, YH Dato’ AP Logaruben dan Datin Yamuneswary serta saudara Surya Narayanan, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Perak.Image may contain: text that says "YH Dato' AP Logaruben Congratulations to Datin Yamuneswary & Annan V.M.Andy Family We wish that your new business will become fruitful and productive for the coming years. Sathia wa Balah (CEO SB Sat lpok fresk Flowts Fresh F And Gift Shop fo resh Flower hfreshflower.com 703833 Canning 1400Tpoh.Perak aningEstatc,"