Home Kenyataan Media PAS Selangor

PERARAKAN LGBT: JANGAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH

2140
SHARE

Pada 8 Mac 2019, penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menganjurkan perarakan di Kuala Lumpur sambil melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Perarakan yang memperjuangkan hak kumpulan LGBT tidak selari dengan Islam dan hukumnya haram. Ia juga tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini. Malahan ia boleh mengundang kemurkaan Allah.

Sungguh pun demikian, masih ada penyokong golongan ini mahukan budaya songsang ini diiktiraf. Harus diingatkan bahawa perbuatan memperjuangkan LGBT atau apa-apa perjuangan yang berlawanan dengan ketetapan hukum Allah SWT sebenarnya hanya akan mengundang kemurkaanNya.

Berdasarkan sejarah umat terdahulu, Allah pernah menurunkan mala petaka ke atas mereka sehingga kaum-kaum tersebut dilenyapkan daripada muka bumi ini.

Puncanya kaum-kaum itu ingkar kepada perintah Allah termasuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan seks sejenis. Pada masa itu tiada siapa yang boleh menghalangNya kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa daripada segala-galanya dan kehebatan kekuasaan Allah terlalu banyak disebutkan di dalam al-Quran.

Cuba lihat bala yang menimpa kaum Nabi Luth ekoran berlakunya gejala seks bebas serta hubungan seks sejenis.

Seperti mana yang disebut di dalam al-Quran kaum Nabi Luth membudayakan perbuatan yang bercanggah dengan syariat serta fitrah manusia iaitu melakukan hubungan jenis antara lelaki dan lelaki juga dikenali dengan liwat.

‎فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ
Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.(Al-Hijr – 73)

‎فَجَعَلْنَا عَٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ
Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.(Al-Hijr – 74)

DUPNS mendesak kepada pihak yg berwajib supaya dapat menghalang dan membendung gejala songsang ini dan DUPNS menyeru kepada orang Islam yang terlibat dengan kegiatan LGBT serta seks bebas, bertaubatlah sebelum nyawa ditarik oleh Malaikat Maut.

Kembalilah ke pangkal jalan. Apa yang anda lakukan itu dosanya amat besar. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ust Rizuan Rahmat Dimasyqi
Ketua Dewan Ulamak Selangor
9 Mac 2019