Home Berita PAS Perak

Peranan Ahli PAS Dalam Memasyarakatkan Wawasan Induk Negara Sejahtera ( WINS )

955
SHARE

PERANAN AHLI PAS DALAM MEMASYARAKATKAN WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA (WINS)

Aspirasi PAS adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela, maka PAS memperkenalkan model Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi mengatasi masalah dan kepincangan dalam urus tadbir negara, kewangan dan ketenteraman sosial dengan lebih berkesan.

Justeru, semua barisan kepimpinan, ahli dan penyokong PAS perlu turun padang berganding bahu, bagi membina negara Malaysia yang lebih berwawasan dan berkebajikan berpandukan gagasan WINS yang diperkenalkan.

Sehubungan dengan itu,Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan penuh iltizam dan itqan menggalas tanggungjawab berikut :

1. Menyokong dan akan terus komited membentuk ekosistem negara yang lebih berkebajikan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

2. Memastikan pendekatan PAS akan lebih menjurus memasyarakatkan urus tadbir negara agar lebih telus dan berkebajikan dengan memfokuskan kepada pembangunan yang lebih holistik mencakupi 9 teras utama dalam membina Negara Sejahtera.

3. Memastikan penyatupaduan dan sinergi yang terbina daripada keanggotaan pelbagai latarbelakang institusi, badan kerajaan dan bukan badan kerajaan bakal mempamerkan imej pentadbiran negara yang lebih bersifat kolektif, toleransi, adil, telus dan harmoni dalam menjaga keseimbangan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia.

4. Menyokong aspirasi Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, yang mengangkat model Kerajaan Teknokrat dengan menampilkan barisan peneraju pentadbiran negara yang berkelayakan dan berkompetensi tinggi.

5. Berkeyakinan kesefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlu terus dipupuk untuk bersama menyokong gagasan PAS dalam menjadikan WINS 2015 sebagai inisiatif membina negara sejahtera untuk rakyat Malaysia. Ahli PAS perlu terus memainkan peranan memperjelas dan menyampaikan informasi tepat kepada masyarakat awam untuk mendokong gagasan yang dibina.

6. Pendekatan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) perlu menjadi prinsip asas dalam membina sinergi yang lebih harmoni dalam menyampaikan Wawasan Induk Negara dengan lebih meluas dan berstrategi.

7. Sandaran rujukan Islam dimartabat sebagai antara kekunci utama yang universal tanpa mengira latarbelakang parti politik, agama, bangsa dan warna kulit bagi menzahirkan keadilan yang lebih telus dan boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah” ·

Abd Qahar Syams
Pemangku Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak