Home Berita PAS Perak

Perak Tawar Bidang Pengajian Tahfiz Baharu,Syukbah Hadith

594
SHARE

Image may contain: 8 people, people standing

IPOH, 13 Julai 2020 – Buat julung kali, Institut Pentadbiran Islam Perak (INTIM) di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menawarkan bidang pengajian baharu, Syukbah Hadith diMaahad Tahfiz Al-Quran Wal qiraat Negeri Perak.Image may contain: 4 people, people standing and suit

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, YB Mohd Akmal Kamarudin berkata, ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasa bidang Tahfiz di peringkat negeri dan negara.

“Kerajaan Negeri memberi sokongan baik terhadap usaha ini demi mempertingkat prestasi bidang tahfiz negeri dan negara.

Sambutan serta sokongan baik ini dapat dilihat di peringkat masyarakat dan kerajaan. Malah, pendidikan tahfiz ini telah dimasukkan dalam perancangan pendidikan negara setaraf dengan pendidikan bidang lain” tambah beliau.Image may contain: 1 person, sitting

Tegasnya, penawaran bidang baharu ini, dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pengajian bidang tahfiz di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato’ Mohd Yusop Husin berharap agar program ini menjadi permulaan yang baik bagi Kerajaan Negeri menerapkan program seumpama ini di daerah lain.

“Kita mulakan satu bentuk pengajian yang baharu. Kalau dulu kita akan lihat ada orang yang akan menghafal Al-Quran, kini kita buat satu jurusan lain pula, hadith” jelasnya.

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Mohamad Firdaus Mohamad Tarmizi menjelaskan elektif bagi program tahfiz hanya ditawarkan kepada 10 orang bagi pengambilan pertama dan akan ditambah bagi pengambilan akan datang.Image may contain: one or more people and people sitting

“buat kali pertama sepanjang 35 tahun penubuhan INTIM, kini cabang pengajian baharu telah ditawarkan. Setakat ini, seramai 80 pelajar sedang mengikuti pengajian termasuk 10 pelajar yang baru mendaftar untuk pengajian Diploma Syukbah Hadith” jelasnya.

Antara cabang pengajian termasuk Hadith wa Mustolah, Ulum Al-Hadith, Al-Sunnah wa Makanatuha Fi Tashri’ Al-Islami, Jarh wa Ta’dil, Takhrij al-Hadith, Kajian Teks Hadith, Kajian Hadith Hukum dan Kajian Hadith Dhaif dan Maudhu’.Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

Kerajaan Negeri prihatin tentang keperluan dan perkembangan Pusat Pengajian Tahfiz di Negeri Perak. Terdahulu, Kerajaan Negeri melalui Pakej Ransangan Ekonomi (2) telah memperuntukkan RM3.47 juta bagi membantu pusat tahfiz swasta seluruh negeri Perak dan terbaru Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengumumkan peruntukan RM1.66 juta kepada Persatuan Maahad Tahfiz Perak (PEMATAP).

Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]