Home Berita PAS Wilayah

Penyerahan Memorandum Kepada Menteri Wilayah Persekutuan

56
SHARE

Oleh : Khairul Anwar

LABUAN – YDP PAS Labuan Tn Hj Hamir Zahari telah menyerahkan Memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim, iaitu Memorandum berkenaan tuntutan PAS Labuan agar jumlah peruntukan RMK-12 untuk Labuan ditambah, selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Peruntukan tersebut juga adalah untuk kemajuan pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Labuan. Sudah sampai masanya Labuan berdiri setaraf dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Diharapkan agar Kementerian Wilayah Persekutuan dapat membuat pertimbangan dan penilaian sewajarnya, demi kemajuan dan keselesaan rakyat Labuan.