Home Berita PAS Terengganu

Penyatuan melayu-islam asas kestabilan politik

43
SHARE

KUALA TERENGGANU – Penyatuan antara orang Melayu-Islam merupakan formula terbaik bagi mencapai kestabilan politik negeri dan negara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak perlu bekerjasama bagi menyatukan atau mengurangkan perselisihan antara parti politik.

“Penyatuan ini perlulah bersifat inklusif dan bukanlah eksklusif serta terhad kepada pihak-pihak tertentu atau hanya satu-dua parti politik sahaja.

“Saya juga berharap, apa jua yang berlaku janganlah kita menggugat keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang telah kita kecapi sebelum ni,” tambahnya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan kesedaran rakyat terhadap amalan berpolitik secara matang dan sejahtera tanpa mengira warna parti politik perlu dikekalkan.