Oleh : Mohd Zaini Bin Abdul Aziz
Kuala Lumpur : Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan melalui Lajnah Kebajikan menganjurkan program penyampaian Sumbangan Kewangan kepada Ustaz dan Ustazah di Wilayah Persekutuan pada 6 Disember 2020 bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).
Sumbangan Kewangan RM 100 disampaikan oleh Ketua DUPWP Ustaz Haji Md Ali Jamil kepada 26 senarai penerima yang hadir (Lampiran) bagi menambah sumber pendapatan para Asatizah yang terputus mata pencarian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Di dalam ucapan perasmian Ustaz Haji Md Ali Jamil menyarankan supaya mempertingkatkan kesabaran dan istiqamah sepanjang menghadapi ujian PKPB ini serta menyeru marilah kita menyatukan hati-hati kita dengan ukhuwah Islam supaya terbinanya gerak kerja jemaah dengan kasih dan sayang serta ikhlas buat mengharap redha Allah SWT jua.
DUPWP juga menyatakan bahawa Sumbangan Kewangan buat Asatizah telah diterima sebanyak RM 5,900.
Sehubungan itu sumbangan kewangan kepada 33 para Asatizah untuk fasa II akan dilakukan pada atau sebelum berakhirnya PKPB iaitu 20 Disember 2020 melalui (transfer account) pemindahan terus ke akaun penerima.
Dikesempatan ini juga Ustaz Muhammad Hasnil Abu Bakar menghadiahkan buku penulisan terbarunya yang bertajuk Doa Mustajab kepada semua yang hadir.
DUPWP merakamkan penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Ummah Prihatin serta orang ramai atas sumbangan yang diberikan serta mengucapkan Jazakumullah Khairan Kathira, moga beroleh kebaikan jua.