Home Berita PAS Terengganu

Pengurangan kes jenayah syariah di Terengganu, DPPNT bangga dengan Kerajaan Negeri

118
SHARE

PEMUDA TERENGGANU ZAHIR PENGHARGAAN ATAS PENGURANGAN KES JENAYAH SYARIAH BUAT KERAJAAN TERENGGANU

1. Pemuda PAS Terengganu menzahirkan ucapan tahniah buat Kerajaan Terengganu atas kejayaan menurunkan kes jenayah syariah melebihi 50 peratus bagi tahun 2021 berbanding tahun 2020.

2. Pemuda PAS Terengganu yakin penurunan ini adalah daripada usaha kerajaan negeri yang cakna tentang isu semasa yang berlegar di negeri ini.

3. Pemuda PAS Terengganu juga menzahirkan ucapan tahniah buat masyarakat Terengganu yang bertamadun dan maju dari aspek kerohanian dan modal insan dalam bekerjasama mengurangkan kes jenayah syariah di Darul Iman yang tercinta.

4. Pemuda PAS Terengganu ingin menegaskan bahawa anak muda Terengganu mahukan kerajaan yang bertaqwa seperti hari ini dapat dikekalkan sekali gus dipertingkatkan bagi memacu negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

5. Bagi tahun 2021, kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah kes khalwat iaitu sebanyak 297 kes diikuti kesalahan berhubung akad nikah 26 kes.

6. Pemuda PAS juga akan terus mempertingkatkan kerjasama Skuad Amar yang merupakan tenaga parti bersama pihak kerajaan dalam membendung jenayah syariah di negeri ini khususnya dalam kes khalwat.

7. Pemuda PAS juga ingin mengajak seluruh anak muda Terengganu khususnya untuk bersama-sama kerajaan negeri dalam menjadi mata-mata penguatkuasa agama melaporkan jenayah syariah kepada penguatkuasa agama sekiranya mengesyaki gejala tidak bermoral berlaku di kawasan masing-masing.

USTAZ MOHD FADHLI BIN RAHMI ZULKIFLI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu