Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pengorbanan Jururawat Tiada Tandingan

712
SHARE

Pengorbanan Jururawat Tiada Tandingan

12 Mei 2017 SELAYANG:Sempena Hari Jururawat 12.5.2017, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia telah turut serta berkunjung ke Hospital Selayang bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Selayang yang diketuai Puan Kasmawati Harun bagi meraikan Jururawat yang berkhidmat di Hospital Selayang. Kehadiran beliau dan rombongan di sambut mesra oleh sekumpulan Matron dan jururawat yang diketuai Matron Puan Noriah.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan ucapan ringkas yang mendoakan semoga para jururawat sentiasa diberkati oleh Allah swt dan semoga mereka dipermudahkan dalam segala urusan mereka.Matron Puan Noriah juga menyampaikan sedikit ucapan terima kasih tidak terhingga kerana menraikan mereka para jururawat dan terharu dengan ucapan dan doa yang disampaikan oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada para Jururawat Hospital Selayang.

Menurut beliau yang juga adalah Ketua Penyelia Jururawat Hospital Selayang, di Hospital Selayang mempunyai 996 katil pesakit dan purata 200 ke 300 pesakit sehari dan dikalangan pesakit pula 40 ke 50 orang bersalin sehari. Peningkatan pesakit akhir-akhir ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit daripada para jururawat.

Majlis ringkas meraikan para jururawat tersebut diakhiri dengan acara memotong kek dan menyuapkan kek kepada para jururawat yang hadir dalam majlis tersebut.

{jathumbnail off}