Home Berita PAS Sabah

Penglibatan guru-guru PASTI Zon Tawau dalam gerak kerja membantu parti semakin menyerlah

312
SHARE

 

Oleh : Nur Syarifah Ariffin.                                         5.3.2022

TAWAU : Penglibatan guru-guru PASTI dalam gerak kerja parti semakin menyerlah

Menurut Pengarah PASTI Sabah, Haji Karim Dolah, ia sejajar dengan tarbiyah yang mereka terima sebagai amilin dan duta PAS kepada masyarakat.

Di samping itu, Haji Karim mengingatkan guru-guru PASTI agar tidak mengabaikan tanggung jawab sebagai kepada keluarga dan rumahtangga.

” Guru PASTI kena bijak mengatur masa kerana guru PASTI adalah contoh kepada orang ramai.

” Guru-guru perlulah mendidik diri menjadi pemimpin dan sentiasa berdoa memohon kekuatan kepada Allah SWT untuk melaksanakan amanah yang diberikan.

” Guru-guru perlulah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran berorganisasi , kemahiran teknologi dan sebagainya dan berusaha untuk melaksanakannya dengan terbaik” Kata Haji Karim ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru PASTI zon Tawau, di Dewan Masjid Al Kauthar, di sini , pada Ahad baharu ni.

Seramai 80 orang guru PASTI Tawau, Kunak dan Kalabakan hadir dalam majlis tersebut dengan mematuhi SOP.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Mandina Ladale , Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau.