Home Berita PAS Pulau Pinang

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT USTAZ DIN YANG BANYAK BERJASA KEPADA JAMNPP

315
SHARE

Balik Pulau: Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) Tn Ahmad Anuar Bin Zainal Abidin malam tadi telah menziarahi jenazah Ustaz Mohd Nazarudin Bin Awang Hamad di kediaman beliau di Air Putih Balik Pulau

Ahmad Anuar bersama angota amal yang lain tiba di kediaman Allahyarham Ustaz Nazarudin sekitar jam 10 malam bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau

Arwah Ustaz Nazarudin pernah berkhidmat bersama Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang sekitar tahun 2012 hingga 2017. Beliau yang mengidap sakit buah pingang telah menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam

Sebelum pulang Tn Ahmad Anuar telah memberi sedikit sumbangan mewakili JAMNPP. Arwah telah meninggalkan seorang balu Norliza Binti Nawawi dan seorang anak lelaki yang berumur 11 tahun

“Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 

Sumber :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02HW4NPFqNzS4j2UR3EUzShHeH1CbQMtTfTB2KiPqHtHpiMRQLUnkcB15jjhjV2fCrl&id=100064678002895&mibextid=Nif5oz