Home Artikel PAS Wilayah

Penghidap penyakit kronik dapat perhatian YB Senator

270
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

Wangsa Maju : Hampir 4 tahun menderita penyakit kencing manis dan minor stroke, Md Sabri 63 menerima kunjungan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama pimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju dua hari lalu semasa lawatan beliau bersama rakyat di Pangsapuri DBKL Fasa 1.

Menurut isteri, Md Sabri tidak pernah memohon bantuan dari Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehinggalah YB Senator serta pimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju mengambil inisiatif mengajukan penderitaan Md Sabri ini kepada pihak Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya amat berbesar hati kerana ada pihak mula memberi perhatian dan membantu keluarga kami dan sangat berbesar hati apabila dikunjungi YB Senator dan PAS Wangsa Maju”, ujarnya lagi.

Turut hadir melawat keluarga tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Puan Asiah Baki dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi.

YB Senator juga telah menyampaikan bantuan berbentuk tunai dan barangan makanan kepada keluarga berkenaan.