Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju bantu ibu tunggal

232
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

Wangsa Maju: Seorang ibu tunggal yang menerima sumbangan daripada PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas bantuan yang diterima itu.

Penerima sumbangan tersebut, Puan Jayacailan, 60, berkata beliau amat bersyukur kerana bantuan ini dapat mengurangkan beban ditanggung beliau untuk menyara anaknya yang masih belajar di Methodist School.

Jayacailan berkata, beliau telah diberhentikan kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu. Beliau yang sebelum ini bekerja di sebuah firma guaman di Bangsar, kini beliau sedang mencari pekerjaan baharu sekitar Wangsa Maju bagi menampung kehidupan seharian.

Sumbangan daripada PAS Kawasan Wangsa Maju berbentuk barangan keperluan asas disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh yang mengetuai rombongan turun padang menziarahi ibu tunggal tersebut yang menetap di Pangsapuri Sri Tioman.

Ziarah turut disertai Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Harun, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi dan Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Puan Asiah Baki.