IJTIMAK PILIHANRAYA PAS PERAK 2.0 : SYUKUR & PENGHARGAAN
Ijtimak Pilihanraya PAS Perak telah melabuhkan tirai tepat jam 4.35 petang 28 Oktober 2017. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah swt dan usaha semua pihak Ijtimak kali ini telah berjaya mengukir sejarah yang tersendiri.
1. Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan diucapkan kepada Pengarah Program Tn Hj Ibrahim serta seluruh jk induk dan kecil ijtimak, juga kepada YDP Kuala Kangsar Dato’ Drs Khalil Idham Lim dan seluruh jk kawasan. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas tenaga, masa, wang ringgit dan segala keringat kalian.
2. Jutaan terima kasih juga dipanjangkan kepada Naib Presiden Pas YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya Pas Perak Hj Razman Zakaria, seluruh peringkat kepimpinan negeri dan kawasan serta seluruh jentera pilihanraya semua peringkat kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang amat baik.
3. Kejayaan ijtimak ini adalah hasil daripada kesepaduan tenaga kerja semua peringkat yang bekerja dengan penuh ukhwah, hormani dan kebolehan memobilisasi jentera di peringkat akar umbi dan UPU sehingga berjaya mengumpulkan jumlah peserta melebihi sasaran 5 ribu.
4. Harapan yang lebih besar ialah Ijtimak ini dapat memberi ransangan dan momentum luar biasa kepada jentera pilihanraya semua peringkat untuk benar-benar bersiap-siaga bagi menghadapi PRU ke-14.
5. As-Syahid Dr. Abdullah Azam pernah berkata ‘jika berperang menegakkan Islam itu wajib maka persiapan untuk menghadapinya adalah lebih wajib’.
Siru ‘ala Barakatillah
Hj Mustafa Bin Hj Abd Wahab
Pengarah JPrN
Perak