Home Berita PAS Selangor

Penghantaran makanan ke PPV HSA diteruskan – PAS Kawasan Kota Raja

78
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

SHAH ALAM, 7 Ogos – Genap seminggu PAS Kawasan Kota Raja menerusi NGO KRCAMALSELANGOR melaksanakan penghantaran makanan ke Pusat Pemberia Vaksin (PPV) Hospital Shah Alam.

Menurut Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam Mohd Yusof Abdullah juga merupakan Pengerusi Kota Raja Club (KRC), terdapat pertanyaan daripada pihak Hospital Shah Alam mengenai program penghantaran makanan ini, adakah akan diteruskan lagi untuk 2 minggu seterusnya ataupun tidak?

Beliau menjawab, “InsyaAllah program ini akan diteruskan selagi masih terdapat pihak yang sudi menyumbang bagi menjayakannya”.

Jelas beliau juga, sejujurnya pihak Hospital Shah Alam sangat berterima kasih atas bantuan dan sumbangan yang telah diberi kerana sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan pengurusan operasi di PPV Hospital Shah Alam dan perbelanjaan itu juga dapat disalurkan ke operasi lain yang lebih memerlukan.

Semoga semangat para penyumbang tidak sedikit pun tergugat untuk terus membantu selari dengan semangat KRCAMALSELANGOR untuk membantu para frontliners negara dan juga membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok melalui Program munisasi Kebangsaan yang masih berterusan dijalankan.

Jom bantu pihakKRCAMALSELANGOR melalui program ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 011 5309 2056

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor