Home Berita PAS Selangor

Penggerak tarbiyah PAS Hulu Selangor positif COVID-19 – YDP PAS Kawasan Hulu Selangor

155
SHARE

May be an image of 1 person and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Ahli PAS Kawasan Hulu Selangor mendapat perkhabaran yang mendukacitakan bilamana individu penggerak tarbiyah diperingkat PAS Kawasan Hulu Selangor dimaklumkan positif COVID-19.

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tuan Hj Hasnizan Harun ketika dihubungi mengesahkan berita tersebut. Beliau adalah Tuan Haji Wan Hairul Anuar Wan Abdullah merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Hulu Selangor.

“Hj Wan dibawa ke hospital Selayang bila ahli keluarga melihat kondisi tubuhnya tidak seperti sediakala. Maklumat terkini dari anaknya, Hj Wan mungkin akan dikomakan untuk dimasukkan tiub atas sebab keperluan kesihatan”, jelas YDP Hulu Selangor itu.

“Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon doa ke hadrat Ilahi agar Allah SWT memberi kesembuhan buat beliau dan semua yang diuji dengan wabak ini”, ujar beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor