Home Berita PAS Pahang

Pengantin bertuah Indera Mahkota dapat hadiah

106
SHARE

Oleh: DIYANA SOFIA

INDERA MAHKOTA, 29 Mac :: Seramai 15 pasangan pengantin di Indera Mahkota telah tersenarai sebagai pengantin bertuah dan telah memenangi hadiah cabutan bertuah menerusi program bual bicara Motivasi Rumahtangga – Bahagia atau Derita oleh Ustaz Zulfadli Zakariah di Facebook Ameerah Indera Mahkota pada 20 Mac lalu.

Sebanyak sembilan hadiah cabutan bertuah untuk pasangan di sekitar Semambu, manakala selebihnya adalah di sekitar Beserah.

Lanjutan dari itu, Ustaz Zulfadli yang juga Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota telah menyampaikan hadiah ke rumah pasangan pengantin di sekitar Semambu kelmarin iaitu di Kampung Padang, IM14, IM2 dan Bukit Setongkol.

Program itu disertai juga oleh Ketua Muslimat PAS Semambu, Hamimun Dahaman bersama ahli jawatankuasanya dan juga ahli jawatankuasa Ameerah Semambu.

Ketua Ameerah Indera Mahkota, Huda Jamilah Mohamad berkata, program ini diadakan bagi meraikan pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan di samping mereka dapat mendengar tazkirah mengenai asam garam rumahtangga sebagai panduan untuk menjadikan mereka pasangan yang bahagia.

Ameerah Indera Mahkota akan meneruskan program seumpama ini di masa akan datang. Selain meraikan pengantin ia juga dapat menjalinkan ukhuwah Ameerah dalam masyarakat.