Bagan Serai – Exco Perak, YB Haji Razman Zakaria hari ini turut hadir dalam sebuah Majlis Ramah Mesra Media Parlimen Bagan Serai yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato Dr Haji Noor Azmi Ghazali.
Menurut Dato Dr Noor Azmi dalam ucapannya, pengamal Media telah memainkan peranan paling penting dalam menyampaikan pelbagai bentuk informasi di atas segala usaha yang telah di lakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani musibah wabak COVID-19 agar kita semua dapat patuh terhadap garis panduan yang telah di sarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bermula dari fasa PKP yang pertama sehingga masuk ke fasa PKPP kini.
Seramai 10 orang pengamal media Daerah Kerian telah diraikan di dalam majlis tersebut bagi menghargai kesungguhan membuat liputan dan laporan sepanjang musim COVID-19 yang melanda negara baru-baru ini khususkan bagi Parlimen Bagan Serai.
Pengamal media yang telah hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada wartawan NSTP,Sinar Harian,Al Hijrah,Sin Chew Daily,Makkal Ossai,Oriental Daily,Perak Today dan BSKH
Turut hadir ke Majlis Ramah Mesra Media Parlimen Bagan Serai,Dato Salleh Setiausaha Ekskutif Perhubungan UMNO Perak,Encik Ponna dan kepimpinan MIC Bahagian Bagan Serai,Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Kawasan,Mantan Yb Selinsing Tuan Haji Husin,IR Kuganeswaran A/L Nadarasa Jurutera Daerah Kerian,Professor Dr Ahmad Ismail FASc Akademi Sains Malaysia dan tetamu jemputan.