Home Berita PAS Sabah

Penerangan Muslimat Sabah Perkemas Gerak Kerja

872
SHARE

Oleh : Laila Ismail
11 Februari 2020

SEPANGGAR : Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) melalui Lajnah Penerangan Media Baru(LPMB) melaksanakan Bengkel Pengukuhan Gerak Kerja LPMB Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah pada 08 Februari 2020. Program telah dihadiri Ahli Jawatan Kuasa LPMB Dewan Muslimat PAS kawasan- kawasan dari seluruh Sabah.

Bengkel yang diadakan di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) ini adalah bertujuan untuk memperkemas gerak kerja penerangan dan media baru serta sarat dengan perkongsian panduan dan maklumat yang disampaikan oleh Nor Zarina Mohd Azhar, Timbalan Pengerusi LPMB, DMPM

Sesi soal jawab telah diambil peluang sepenuhnya oleh peserta untuk mendapatkan solusi dalam permasalahan mereka.

Nor Zarina juga mengingatkan agar penggerak-penggerak PAS khususnya dalam penerangan berjihad dengan sebenar-benar jihad dan tunjukkan akhlak yang baik serta mengamalkan prinsip Budaya Politik Matang dan Sejahtera dalam alam maya dan media sosial.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Ketua Penerangan DMPNS, Fadilah Nordin dan Ketua Lajnah Dakwah DMPNS, Nusaibah Bunari.