Home Berita PAS Terengganu

Penduduk taif tak murtad selepas Rasulullah Wafat

34
SHARE

Apabila berlakunya peristiwa murtad selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW menyebabkan kabilah-kabilah Arab keluar daripada Islam.

Jumlah mereka yang murtad ini tidak sedikit, sehingga mencapai ratusan ribu bilangannya. Mereka yang murtad ini disokong oleh kuasa-kuasa besar seperti Parsi dan Rom.

Antara yang tidak murtad dan masih berpegang teguh dengan ajaran Islam ialah:

1) Penduduk Madinah dalam kalangan Muhajirin dan Ansar serta jirannya yang setia, mereka secara langsung diselamatkan dengan tarbiyah nabawiyyah yang tidak terputus, serta kepimpinan para sahabat ulung yang sentiasa bersama mereka.

2) Penduduk Makkah tetap dengan Islam, beristiqamah bersama pemimpin yang berjaya menguasai keadaan penduduk seluruhnya dengan baik.

3) Penduduk Taif terus teguh bersama Islam, setelah mendengar ucapan pemimpin mereka iaitu ‘Uthman bin Abu al-‘As al-Thaqafi RA yang dilantik oleh Rasulullah SAW. Beliau telah berjaya meneguhkan keyakinan penduduk Taif yang digugat dengan murtad dan penentangan secara ganas yang disebarkan.

4) Sebahagian penduduk Yaman, Bahrain, dan beberapa kabilah yang tetap dengan Islam, mereka tidak terpengaruh dengan kesesatan yang berlaku. Mereka bangkit berjihad bersama pemimpin dalam kalangan sahabat menentang penyelewengan dengan gagah berani untuk beroleh kemenangan atau syahid.

[Kuliah Dhuha Jumaat, 4 Rabi’ul Awwal]