Home Berita PAS Terengganu

PASTI Al Mukmin ungguli Alam Ria

49
SHARE

DUNGUN – PASTI Al Mukmin mengungguli Alam Ria DUN Rantau Abang 2022, mendominasi lapan acara dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Pengerusi PASTI DUN tersebut, Mohd Shukeri Wahab berkata, pra sekolah di Kampung Che Lijah itu johan Hafazan Lelaki dan Perempuan, Khutbah, Deklamasi Sajak Lelaki, Pidato Perempuan, Azan dan Khutbah.

“Di DUN Rantau Abang ada sebanyak 12 buah PASTI yang mana Alam Ria ini melibatkan kesemua PASTI yang ada, johan dan naib johan akan mewakili DUN ke Alam Ria PASTI Kawasan Dungun yang akan diadakan pada 15 Oktober nanti, ” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Majlis tersebut dirasmikan penutupnya oleh Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), YB Cikgu Alias Harun berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Dungun pada 28 September lalu.

Cikgu Alias ketika berucap memuji program Alam Ria yang diadakan setiap tahun itu termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) secara atas talian telah berjaya mengetengahkan bakat serta kebolehan pelajar – pelajar.

“Secara tidak langsung melatih mereka untuk tidak gementar ketika berada di pentas untuk berada di hadapan khalayak ramai,

” Ini merupakan pendedahan awal sebagai persiapan melahirkan pemimpin generasi Al-Quran, insya-Allah, ” ujar beliau yang juga ADUN Rantau Abang.