Home Berita PAS Terengganu

Penduduk PKPD di Teluk Menara terima bantuan bakul makanan

8
SHARE

Oleh : Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 28 Julai – Seramai 515 Ketua Isi Rumah (KIR) dari dua zon hulu dan hilir di Teluk Menara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima bantuan bakul makanan daripada Pusat Khidmat Khidmat PKM ADUN Manir.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Suqiman Tahar berkata, bantuan bakul makanan itu bagi meringankan beban penduduk yang terlibat PKPD.

“Pelaksanaan PKPD di kampung berkenaan bermula semalam menyebabkan penduduk yang terlibat kuarantin tidak dapat keluar untuk bekerja.

“Oleh itu sebagai tanda kecaknaan, hari ini, sebanyak 200 bakul makanan asas diagihkan melibatkan zon hulu dari kawasan berisiko kes dan selanjutnya esok akan diedarkan ke seluruh rumah di kampung berkenaan,”ujarnya.

Suqiman yang juga Ketua Unit Bantuan Khas PKPD Teluk Menara berkata demikian ketika hadir pengagihan bantuan berkenaan petang tadi.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan, agihan secara berperingkat-peringkat akan dilaksanakan untuk memastikan penduduk terlibat sentiasa mempunyai bekalan makanan mencukupi.