Home Berita PAS Selangor

Membantu urusan anak-anak yatim piatu akibat COVID-19 – JAMK Hulu Selangor

11
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

BUKIT BERUNTUNG, 29 Julai – Hari ini wakil daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Selangor, Tuan Ibnu Awal, Nor Azlan Bin Awaluddin bersama Ketua Pemuda Hulu Selangor Tuan Amri Bin Abdullah Sani telah menziarahi dan membantu mengawal keselamatan keluarga 8 beradik ini yang kehilangan ibubapa akibat Covid-19.

Turut hadir bersama Pegawai Perkeso Rawang dan Pegawai Majlis Daerah Hulu Selangor untuk urusan dokumentasi dan urusan bank.

Pemuda PAS Hulu Selangor mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak Jabatan Amal Hulu Selangor, Pegawai Perkeso Rawang dan Pegawai Majlis Daerah Hulu Selangor dalam membantu urusan anak-anak ini.

29 Julai 2021 | 19 Zulhijjah 1442

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor