Home Berita PAS Sarawak

Penduduk Kuala Baram gembira menerima sumbangan

31
SHARE

Oleh: NUR IZZATI HUSNA BINTI ROZAIDI

MIRI – Sebuah program sumbangan kebajikan yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri dengan kerjasama PAS Kawasan Miri telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Nurul Iman, Kampung Masjid, Kuala Baram.

Seramai 30 wakil keluarga menghadiri program tersebut untuk menerima sumbangan yang berbentuk keperluan dapur seperti beras, tepung, gula dan lain-lain.

Program ini turut dihadiri oleh Nuridah Md Salleh, Ketua Muslimat PAS Malaysia dan Arifiriazul Paijo, Yang di-Pertua PAS Kawasan Miri.

Dalam ucapan ringkas Nuridah, beliau menekankan kepentingan menjaga solat serta menceritakan pengajaran daripada hijrah Rasulullah SAW untuk dijadikan teladan dalam kehidupan.

Rata-rata penerima sumbangan berharap agar PAS Miri dapat meneruskan usaha kebajikan yang membawa manfaat kepada lebih ramai lagi golongan yang memerlukan di masa akan datang.