Home Berita PAS Wilayah

Penduduk Kampung Setia Jaya terima bakul prihatin

100
SHARE

WANGSA MAJU, 10 OGOS: Seramai 15 ketua isi rumah (KIR) Kampung Setia Jaya mendapat bantuan bakul prihatin daripada PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Muslim Care Malaysia, disini semalam.

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puasn Hajah Nuridah Bin Mohd Salleh (YB Kak Nuri), bantuan makanan ini berjaya meringankan beban penduduk kampung yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

“Inisiatif ini akan diteruskan ke beberapa kawasan yang lain bagi membantu lebih banyak rakyat yang terjejas terutamanya golongan sasar.

Turut hadir sama Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Anuar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi, Ketua PAS Cawangan Kampung Setia Jaya, Haji Zainal Napi dan Wakil Muslim Care Malaysia.