Home Berita PAS Selangor

Penduduk di kawasan berisiko banjir diminta ambil langkah keselamatan – PAS Kapar

62
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 9 Oktober – Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh juga merangkap YDP PAS Kawasan Kapar, bersama kakitangan JPS turun meninjau keadaan fenomena air pasang besar di Pintu Air, Sungai Kapar Kechil.

Katanya,”didapati air laut telah melepasi ban dan melimpah ke darat”.

Justeru, dinasihatkan kepada para nelayan, penggemar aktiviti memancing dan penduduk di kawasan berisiko banjir untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Moga kita semua dilindungi oleh Allah Yang Maha Penyayang”, katanya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor