Home Berita PAS Terengganu

Pendirian PAS Terhadap 1MDB

3304
SHARE

Pendirian PAS terhadap 1MDB dan pelbagai skandal kewangan sepanjang sejarah BN seperti skandal BMF, Perwaja, Forex dan PKFZ sangat jelas iaitu:

1. hanya tangan yang amanah dan takut kepada Allah boleh terselamat daripada pelbagai skandal kewangan dalam pengurusan. Kita memerlukan Tadbir Urus Rabbani sebagaimana salah satu daripada 20 tawaran awal PAS untuk PRU ke 14.

2. Hutang 1MDB menggunakan kaedah pinjaman RIBA adalah salah dan haram sebagaimana kerajaan Persekutuan juga meminjam sebahagiannya menggunakan kaedah RIBA. Malah menjadikan hutang sebagai sumber modal sehingga menjangkau RM42 bilion daripada modal asal hanya RM1 juta tidak bertepatan dengan saranan Islam yang mengajar konsep mudharabah sebagai satu sistem tambahan modal.

3. Segala kegagalan perniagaan 1MDB mesti disiasat menerusi sistem siasatan negara untuk memastikan sama ada ia berlaku berpunca daripada salah urus dalam pengurusan.

4. Pelan rasionalisasi perlu dilakukan dengan cara yang betul agar segala hutang 1MDB bernilai lebih 42 bilion dan kegagalan perniagaan 1MDB tidak merisikokan wang rakyat.

Dr Khairuddin at-Takiri