Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pendidikan Berterusan Hingga Akhir Hayat Melalui Projek Kompleks Pendidikan Dan Pentadbiran Saidatina Aisyah

47
SHARE

 

Penulis : Fitrah Herman

SHAH ALAM, 18 Oktober – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah mengumumkan pelaksanaan projek bersejarah dalam usaha memberikan pendidikan khusus dan menyeluruh kepada kaum wanita di Malaysia.

Projek yang diberi nama “Kompleks Pendidikan Dan Pentadbiran Saidatina Aisyah” akan disekalikan bersama Pejabat Pentadbiran DMPM.

Projek ini bertujuan untuk menjadi Pusat Pendidikan khusus untuk kaum wanita, Pusat latihan kepimpinan wanita berteraskan Islam serta Pusat penempatan warga emas (As-sabiqat) yang berhasrat memenuhkan hujung usia dengan ilmu Agama dan Amal Kebajikan.

Projek “Kompleks Saidatina Aisyah” adalah projek ulung dalam sejarah pendidikan bagi Muslimat Malaysia.

DMPM berharap ini akan membuka peluang lebih luas bagi perkembangan dan pemahaman nilai-nilai Islam dalam masyarakat umumnya dan wanita khususnya.

Sumbangan dan wakaf boleh disalurkan ke akaun Bank Islam: 14041010095110

Moga sumbangan ini diberi ganjaran sebaiknya.