Home Fastaqim

Pencetus Kebangkitan Anak Muda Islam Di Malaysia

1024
SHARE

 

FASTAQIM 2.0 : PENCETUS KEBANGKITAN ANAK MUDA ISLAM DI MALAYSIA

1. Alhamdulillah Fastaqim 2.0 telah melabuhkan layarnya. Syukur kepada Allah semua petugas dan sukarelawan diberi kekuatan untuk meladeni semua peserta yang hadir dari seluruh negara. Juga bersyukur Allah berikan kekuatan untuk semua peserta hadir dengan semangat yang tinggi.

2. Ameerah Malaysia dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapakan jazakillahi khairan kathiran atas kesungguhan dan dedikasi semua petugas tidak kiralah di dalam bidang apa pun tugasan itu terutamanya semua petugas Ameerah, antaranya Ameerah riders, petugas acara sukan muslimat, petugas unit media, petugas unit tugas- tugas khas, petugas bridged dan semua ameerah yang terlibat tidak kira secara langsung atau tidak. Semoga semua usaha kita Allah kira sebagai amal soleh.

3. Kami juga mengharapkan semua amilin menjadikan Fastaqim sebagai pembakar semangat kita untuk terus berjuang. Moga ia terus marak membakar toghut yang semakin berkembang.

Hijau menuju kemenangan

Ikhlas daripada,
Saudari Husna Hashim,
Pengarah AMEERAH Malaysia
serta saff Kepimpinan AMEERAH Malaysia
2 Oktober 2017
11 Muharam 1439H