Home Berita PAS Wilayah

Karnival Kesihatan ceriakan pagi Ahad di Sentul

528
SHARE

BATU, 29 April – Buat julung kalinya PAS Kawasan Batu telah menganjurkan Karnival Kesihatan bertempat di Dataran Sentul Utama, hari ini.

Mini karnival yang bermula seawal 9.00 pagi itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 50 orang penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Calon PAS bagi Parlimen Batu iaitu Ustaz Azhar Yahya turut sama menceriakan karnival ini sambil beramah mesra dengan mereka yang hadir.

Dalam perkongsian beliau, Ustaz Azhar berkata, “Kita akan memansuhkan GST yang jelas membebankan rakyat dan menukarkannya dengan cukai saham dan cukai simpanan yang jauh lebih adil.”

Beliau turut berkongsi tentang toleransi beragama yang dibawa oleh PAS di mana tokong Buddha terbesar di Asia ada di Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

“Ini cukup membuktikan bahawa PAS terkehadapan dalam isu toleransi beragama,” sambung beliau lagi.

Karnival Kesihatan ini juga diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, cuci motor percuma, jumbo sale, busking dan sesi akupuntur percuma yang menarik hati penduduk.