Home Berita PAS Perak

Pena editor Perak | Tingkat amalan mulia dibulan Ramadan

361
SHARE

OLEH ZULFAHMI RAMLI

BULAN Ramadan sentiasa dinantikan oleh orang-orang yang beriman kerana didalamnya terdapat pelbagai tawaran yang sangat menarik daripada Allah SWT.

Setiap amal kebaikan sudah pasti digandakan ganjarannya tambahan pula tidak ada di dalam bulan-bulan lain. Beribadatlah seolah-olah inilah Ramadan terakhir buat kita.

Antara amalan mulia yang sangat istimewa di bulan Ramadan adalah Solat Sunat Terawikh secara berjemaah di Masjid/Surau atau dirumah bersama keluarga disamping memastikan Solat Fardhu berjemaah diberi keutamaan.

Dalam pada itu, sangat dianjurkan untuk memperbanyak bacaan Al-Qur’an, bersedekah, berzikir serta memuliakan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai bagi mengeratkan ukhuwah silaturrahim.

Maka, bagi seorang Muslim yang bijak memanfaatkan masa di bulan Ramadan dengan mempertingkat amalan mulia amatlah beruntung dan tergolong dalam kalangan yang dikasihi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: “Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”

(At-Taubah 9:59)

Marilah kita memperbanyak lafaz syukur dan istighfar kepada Allah SWT agar kita sentiasa dikurniakan kerahmatan dan keberkatan hidup secara keseluruhannya.

Justeru, pastikanlah kita terus istiqamah berbuat kebaikan serta mengajak seramai mungkin agar tidak menjadi orang-orang yang rugi dan terlepas daripada syurga Allah SWT kelak.