Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Shafie Apdal lupa Warisan-PH pengasas kerajaan tebuk atap

252
SHARE

SEMASA rencana ini ditulis, penulis sedang menonton Persidangan Parlimen Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, di Dewan Rakyat secara langsung di Facebook.

Pada ketika ini Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sedang berucap. Sebelum ini Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said baru sahaja selesai menyampaikan ucapan beliau dalam sesi yang sama.

Shafie mengulas tentang butir ucapan YB Pengerang tentang cadangan akta-lompat parti. Shafie sempat mengecam Langkah Sheraton yang menyebabkan jatuhnya kerajaan PH pada awal tahun lepas.

Sardinnya muka Shafie bila meratibkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan tebuk atap. Begitu licik PH-Warisan menyucikan diri mereka yang kotor berlumur najis.

Ada perkara yang PH-Warisan sering buat-buat lupa iaitu mereka sebenar-benarnya pengasas kepada kerajaan tebuk atap dan bapa kepada pengkhianatan mandat rakyat.

Sebaik keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) -14 untuk Negeri Sabah diumumkan pada masa itu kedudukan kerusi di DUN Sabah ialah BN 29 kerusi, Warisan-PH 29 kerusi, sementara STAR dua kerusi.

Mulanya BN telah berjaya membentuk kerajaan dengan membuat pakatan dengan STAR yang dipimpin oleh Dr Jeffrey Kitingan dengan jumlah 31 kerusi pada 10 Mei 2018. Tiada siapa melompat parti dengan pembentukan kerajaan pada masa itu.

Pada 11 Mei 2018, enam Adun BN pula mengkhianati mandat rakyat dengan mengisytihar menyertai PH-Warisan. Mereka adalah dua orang Adun UPKO dan empat orang Adun Umno.

Dengan jumlah terbaru ini maka PH-Warisan membentuk kerajaan dan Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Mei 2018.

Sementara itu di dalam DUN Perak pula asalnya PH memiliki 29 kerusi, BN 27 kerusi, sementara PAS tiga kerusi. Tidak ada satu parti pun yang memperolehi majoriti mudah 30 kerusi.

Namun PH membentuk kerajaan dengan sokongan dua orang Adun BN yang mengkhianati mandat rakyat yang mengundi BN.

Selepas pengkhianatan itu kedudukan kerusi di dalam Dun Perak ialah PH 30 kerusi, BN 25 kerusi, PAS tiga kerusi dan bebas satu kerusi. Bebas ini juga menyokong PH.

Begitu juga Kedah. Sebaik sahaja keputusan PRU14 diumumkan kedudukan kerusi di dalam DUN Kedah ialah PH 18 kerusi, PAS 15 kerusi sementara BN tiga kerusi. Dengan itu tiada mana-mana parti politik pun yang dapat membentuk kerajaan yang memerlukan 19 kerusi.

Akhirnya kerajaan PH Kedah dibentuk dengan seorang Adun BN mengkhianati mandat rakyat di kawasannya yang memberi undi kepada BN dalam PRU itu. Kedudukan selepas pengkhianatan itu ialah PH 19 kerusi, PAS 15 kerusi sementara BN 2 kerusi.

Pembentukan kerajaan PH di Sabah, Kedah dan Perak adalah hasil dari pengkhianatan mandat rakyat. Wakil-wakil rakyat yang dahulunya BN dan diundi oleh rakyat yang mahu mengundi BN namun mereka beralih menyokong PH untuk membentuk kerajaan.

Mengapa mesti sembunyikan bahawa PH-Warisan adalah pengasas kerajaan tebuk atap? Mengapa nak sorok PH-Warisan bapa konsep pengkhianatan mandat rakyat? Shafie Apdal dan Warisan-PH nak tipu siapa?

IBNU JANIE
Editor
Berita PAS Melaka

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.