Home Melaka

Pena editor Melaka| PAS pernah bentuk kerajaan majoriti non-Muslim dengan DAP?

889
SHARE

1. Sebelum terbentuknya kerajaan BN-PH-DAP di peringkat Persekutuan Khamis lepas, kerajaan baharu Perak telah terbentuk dengan gabungan ADUN Umno-BN dan PH-DAP di mana Saarani menjadi Menteri Besarnya.

2. Kerajaan ini terbentuk dari sembilan orang ADUN BN dan 24 orang ADUN PH di mana 21 daripada ADUN bukan Islam sebagai majoriti dalam kerajaan.

3. PAS-Perikatan Nasional kesal dengan sikap Umno-BN Perak yang sanggup bersekongkol dengan PH-DAP semata-mata kerana ditawarkan jawatan MB.

4. Lalu ramailah yang menyindir PAS katanya bahawa PAS dahulu pun sama sahaja, pernah membentuk kerajaan majoriti bukan Melayu di Perak bersama DAP.

5. Memanglah benar, namun apa yang saya mahu beritahu ialah dahulu kami tidak tahu bahawa DAP akan berperangai begitu yang suka mengganggu hak umat Islam selain lunak terhadap perjuangan komunis.

6. Selepas kami tahu maka kami tinggalkan mereka dan bersama dengan rakan-rakan yang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Islam-Melayu dan juga rakan-rakan non-Muslim yang tidak ekstrem.

7. Malah selepas PAS, Bersatu di bawah pimpinan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yassin juga pernah bekerjasama dengan PH-DAP pada PRU-14.

8. Namun lihat apa hasilnya? Bersatu pun tidak sanggup meneruskan kerjasama itu kerana sudah nampak ‘tembelang’ DAP yang memang suka mengganggu urusan orang Islam dan orang Melayu.

9. PAS sebelum ini mahu menyatukan tiga parti Melayu terbesar ini untuk diselamatkan daripada dikuasai DAP, namun Umno-BN bodoh sombong.

10. Dan sekarang tiba-tiba Umno-BN yang selama ini mendakwa PH-DAP sebagai musuh abadi tiba-tiba melutut menyembah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang demi kerana kuasa.

11. Bila dinasihatkan mereka sindir PAS kononnya PAS dulu pun sama.

12. Ini bukan soal PAS pernah buat perkara yang sama, ini soal PAS pernah melaluinya, telah meninggalkannya dan menasihati Umno-BN agar tidak melakukannya.

13. Seperti dua orang yang mana A selalu melakukan maksiat sementara B seorang yang patuh, tiba-tiba A bertaubat dan berubah menjadi baik manakala B berubah menjadi kaki maksiat.

14. Jika pada waktu itu mereka mati maka A yang melakukan maksiat tetapi telah bertaubat akan masuk syurga manakala B yang berubah jadi kaki maksiat masuk neraka, cerita ini kita biasa dengar bukan?

15. Dah tahu PAS dan Bersatu pernah melaluinya dan ia gagal mengapa perlu Umno-BN mencubanya lagi?

16. Malah PAS-Perikatan Nasional menolak untuk menyertai Kerajaan Persekutuan kali ini walau pun ia dibentuk bersama kesemua parti demi prinsip tidak akan bekerjasama dengan PH-DAP.

17. Jadi jelas Umno-BN yang tidak berprinsip dan menggadai maruah Melayu demi kuasa.

18. Ramai orang Melayu kecewa dengan tindakan Umno-BN yang ditentukan oleh Presidennya Zahid Hamidi ini yang jelas mengkhianati orang Melayu.

19. Umno-BN pasti akan dikuburkan kerana mengkhianati orang Melayu dengan bersekongkol dengan PH-DAP.

IBNU JANIE
Ketua Editor
Berita PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH