Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Isu doktor kontrak – bila munafik politik bangkit dari kuburan!

257
SHARE

BARU-BARU ini adik-adik doktor kita mengadakan bantahan berkaitan isu kontrak kerja mereka. Pengambilan skim doktor kontrak ini dimulakan pada tahun 2016. Saya tidak berapa ingat siapa Perdana Menteri dan parti mana yang memerintah ketika itu.

Lalu adik-adik doktor kita mengadakan hartal sebagai bantahan. Dan seperti biasa ‘pembangkang dari longkang’ pun melompat-lompat macam kera kononnya membela nasib doktor-doktor ini.

Namun mereka lupa bahawa kita sekarang berada di tahun 2021 dan bukannya tahun 1999. Sekejap sahaja kenyataan-kenyataan mantan menteri-menteri PH berjaya diseluk keluar membuktikan pada masa mereka memerintah tiada apa yang mereka lakukan untuk menyelesaikan isu ini.

Begitulah tidak tahu malunya pemimpin-pemimpin PH ini dan sekutu-sekutunya. Mereka lupa mereka baru sahaja menjadi kerajaan pada tahun 2018, lebih kurang tiga tahun lepas dan menjatuhkan kerajaan mereka sendiri pada awal tahun 2020. Baru lagi tu. Takkan dah lupa apa yang mereka dah buat masa merèka jadi kerajaan?

Mereka ini, iaitu pihak yang semasa mereka menjadi kerajaan memulakan perkara ini dan mereka yang menjadi kerajaan tapi tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya, adalah MUNAFIK POLITIK yang bangkit dari kuburan mereka kononnya untuk membela rakyat. Mereka ingat rakyat bodoh?

Dan sekarang kerajaan PN juga yang akan menyelesaikan masalah ini. InsyaAllah.

Satu perkara yang saya setuju tentang pembangkang dan sekutunya ialah mereka ini memang menjadi harapan rakyat untuk membangkitkan isu-isu rakyat. Tapi mereka tidak sesuai jadi kerajaan kerana mereka pandai cakap sahaja, bila masuk bab praktikal, mereka FAIL. Diharapkan mereka terus jadi pembangkang sampai bila-bila.

Benarlah seperti kata Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mereka ini semasa jadi kerajaan manifesto mereka pun mereka tidak tunaikan, sekarang mereka berani pula berjanji jika mereka jadi kerajaan mereka berjanji untuk selesaikan isu Covid-19.

Tak sampai berapa tahun sahaja kita ‘dikencing’ PH. Baru saja lagi. Eh, ada lagi orang percaya ke PH dan sekutunya ni?

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka dan WARM
Jabatan Penerangan PAS Melaka