SAYA sempat menonton video dan foto-foto yang disiarkan media berkaitan perhimpunan haram ‘Keluar dan Lawan’ yang didalangi pembangkang semalam.
Ramai pemimpin PH yang melahirkan rasa bangga dengan ‘keberanian’ anak-anak muda ini. Mereka kata bahawa anak-anak muda ini patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia. Malah ramai juga pemimpin PH yang datang ke perhimpunan itu memberikan sokongan.
Kenyataan-kenyataan ini membuatkan saya rasa seram sejuk. Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin PH ini mengatur aktiviti yang kononnya membuktikan anak-anak muda membenci kerajaan, mereka terlepas pandang tentang sikap anak-anak muda kebanggaan mereka ini.
Sudahlah berkumpul di saat pandemik sedang mengganas dengan varian baharu Delta yang sangat merbahaya, sikap mereka yang biadab jelas menunjukkan inilah nilai yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin PH.
Anak-anak muda ini dengan bangganya menunjukkan perangai hodoh dan kurang ajar dengan menunjukkan isyarat lucah! Ada pula yang bartatu di badan! Astaghfirullahalazim!
Jadi, timbul persoalan di fikiran saya, inikah generasi-generasi pelapis yang bakal menjadi Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi PAN, DAP dan PKR pada masa depan?
Kebanggaan yang dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin PH terhadap mereka ini menzahirkan betapa rendahnya nilai yang dipegang oleh mereka.
Bayangkan jika orang-orang seperti ini menjadi Perdana Menteri dan Menteri pada masa akan datang, apa agaknya jadi pada negara kita? Nauzubillah!
Mereka juga cuba menggambarkan seolah-olah semua anak muda membenci kerajaan. Nanti dulu! Silap tu!
Di saat anak-anak muda PH yang rosak akhlak ini sedang berdemonstrasi, lebih ramai lagi anak-anak muda daripada Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang sedang bekerja keras membantu kerajaan di Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) agar kita dapat mencapai segera Imuniti Kelompok dan akhirnya dapat keluar daripada pandemik Covid-19 ini, insya-Allah.
Tahniah buat adik-adik JAM! Kita bekerja keras untuk menghasilkan solusi. Bukan menghasut rakyat menghuru-harakan negara dengan demonstrasi!
IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka dan WARM
Jabatan Penerangan PAS Melaka
|