Home Kenyataaan Media PAS Perak

Pemulih: Bukti kerajaan prihatin untuk semua | Kenyataan Media PAS Perak

9
SHARE
KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
29 Jun 2021 | 18 Zulkaedah 1442H
PEMULIH : BUKTI KERAJAAN PRIHATIN UNTUK SEMUA
Pakej rangsangan ekonomi yang kelapan telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yaasin, Perdana Menteri Malaysia semalam memberi nafas lega buat rakyat keseluruhannya dengan peruntukan berjumlah RM150 bilion dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
PEMULIH menjadi bukti kerajaan prihatin untuk semua melalui pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk menyantuni kelompok B40, M40 dan T20 dengan meletakkan tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.
PAS Perak merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional yang sentiasa merasai denyut nadi kesusahan rakyat terutamanya semua golongan daripada miskin tegar termasuk usahawan mikro sehingga golongan atasan yang turut terjejas yang akibat suasana pandemik ketika ini.
Selain daripada diskaun caj bil elektrik 5% – 40%, bantuan seperti moratorium, I-Citra dan penangguhan pinjaman pendidikan juga adalah bukti kerajaan sentiasa cakna terhadap kebajikan dan keresahan rakyat yang menjadi keutamaan untuk disantuni bersama.
Malah usaha berterusan Kerajaan Perikatan Nasional Negeri Perak turut dinikmati melalui bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera yang sebelum ini diumumkan 2 Jun 2021 bernilai RM 19.5 juta kini meningkat kepada RM25.7 juta melibatkan 44 inisiatif dan bantuan kepada segenap lapisan rakyat Perak yang banyak terkesan akibat pandemik Covid-19.
PAS Perak merayu dan menyeru semua pihak bekerjasama menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam usaha menangani pandemik dengan lebih berkesan melalui kerjasama pemimpin dan masyarakat.
InsyaAllah marilah teguh kita, menang bersama serta seterusnya mampu mengatasi dan berjaya melepasi ujian besar pandemik COVID-19 khususnya dalam menjayakan imuniti kelompok.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Kerajaan Prihatin’
USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak