Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Pemuda Terengganu diseru semak daftar pemilih

173
SHARE

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan tersebut pada 29 September 2021 lalu.

2. Tempoh semakan bermula dari 1-31 Oktober 2021. Semakan perlu dibuat oleh semua individu yang berumur 18 tahun ke atas yang belum berdaftar sebagai pemilih sebelum ini. Ini bertujuan untuk memastikan anda didaftarkan di tempat yang betul dan terkini.

3. Untuk semakan, anda boleh melayari link berikut – https://mysprsppa.spr.gov.my/ dengan memasukkan No. Kad Pengenalan anda. Jika ada sebarang perubahan kepada tempat mengundi, anda boleh membuat pengemaskinian dengan pihak SPR dan membuat penukaran alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum 31 Oktober 2021.

4. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru kepada seluruh anak muda bakal pemilih untuk membuat semakan dan pengesahan maklumat anda bagi memastikan kelancaran sewaktu pilihanraya akan datang.

Ustaz Mohd Harun bin Esa
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Terengganu