Home Berita PAS Terengganu

Pemuda rangka program lebih agresif

3
SHARE

DUNGUN – Pemuda PAS Terengganu merangka program lebih agresif dan menyeluruh setelah parti itu dan Perikatan Nasional(PN) mencapai kemenangan ‘sapu bersih’ pada Pilihan Raya Umum Negeri ke-15(PRUN15) minggu lalu.

Ketuanya, Ustaz Mohd Harun Esa berkata mandat yang diberi oleh anak muda sudah tentu memberi kepercayaan kepada kerajaan dan yakin dengan apa yang dibawa oleh PAS.

“Jadi kita(Pemuda PAS) sendiri akan memastikan supaya pemuda dengan program yang dibawa oleh Pemuda PAS, mereka sudah tidak segan dan malu lagi untuk bersama dengan PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Terengganu 2023 di Padang Arena Merdeka di sini pagi tadi.

Menurutnya lagi, di peringkat kerajaan negeri, pihaknya akan gempur belia dan beliawanis akan mengembeling tenaga untuk mendekati anak muda.

“Program yang akan dilaksanakan akan menjurus kepada tarbiah dan perkaderan supaya membina jiwa anak muda dari sudut pembangunan modal insan dan tidak meninggalkan program – program berbentuk akademik,

“Untuk memastikan supaya peluang kepada anak muda terbuka luas dan tidak ketinggalan berbanding dengan negeri – negeri maju yang lain,” ujarnya lagi.