Oleh: Aizal Samsaruddin
26 Mei 2024
SANDAKAN: “Pemuda perlu membawa naratif yang lebih segar dalam pergerakan yang lebih bersifat inklusif dan fleksibel,” kata Ketua Pemuda PAS Libaran, Aq Mady Hamsi.
Tambahnya, pemuda juga perlu menggiatkan program yang bersifat solutif dan mampu menyelesaikan masalah khususnya dalam sosio ekonomi.
“Jika ianya diaplikasikan kita dapat melahirkan ramai amilin yang mampu mendepani cabaran semasa,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama Ketua Pemuda sempena Mesyurat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda PAS Libaran di Pejabatnya dekat sini pagi tadi.
Dewan Pemuda PAS Libaran telah mengadakan MAT di Pejabatnya pagi tadi.
Dalam majlis berkenaan turut disampaikan Anugerah Pemuda Harapan dan Anugerah Pemuda Istiqamah masing-masing diberikan kepada Syahwan Lau dan Herianto Ladati.
Hadir merasmikan majlis, Yang Dipertuanya, Abdul Wahid Mohamad berkata, sudah tiba masanya pemuda perlu bersifat terbuka dan melebarkan hubungan dengan pelbagai pihak khususnya dalam kalangan anak muda.
“Pemerkasaan pemuda dengan perancangan yang lebih teratur perlu dipergiatkan agar kita lebih berwawasan luas dan mudah menarik lebih ramai pendokong parti,” tegasnya kepada perwakilan yang hadir.