Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 20 September – Pemuda PAS Gombak bersama Armada Gombak dalam Program Jelajah Prihatin Pemuda Perikatan Nasional Gombak semalam, telah menyantuni masyarakat di ketiga-tiga DUN Sungai Tua, DUN Gombak Setia serta DUN Hulu Kelang.
Mereka telah santuni seramai 300 warga Gombak yang memerlukan dengan menyampaikan bantuan Bakul Prihatin Perikatan Nasional. Rata-rata penerima mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang telah diberikan.
“Inilah komitmen kami dari Pemuda PN Gombak untuk menghulurkan sumbangan semaksima mungkin kepada mereka yang memerlukan”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar.
Jutaan penghargaan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Gombak yang diketuai oleh Ust Taufik Yusof dan Pemuda Bersatu Gombak yang diketuai oleh YB Hilman serta seluruh Pemuda PN yang turut bersama dalam program santuni rakyat, semalam.
“Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kepentingan rakyat, InsyaAllah”, katanya lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor