Home Berita PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju edar bubur lambuk

26
SHARE

WANGSA MAJU, 26 Apr- Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan program edaran bubur lambuk di sini, semalam.

Ini merupakan salah satu program yang telah dirancang oleh Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, program seperti ini dapat merapatkan hubungan antara pimpinan kawasan dan ahli selain masyarakat setempat

“Seperti yang dapat kita lihat petang ini, kita pimpinan peringkat kawasan dapat berkumpul bersama-sama ahli PAS bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk kita edarkan kepada penduduk setempat”, ujarnya.

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk di sekitar Wangsa Maju.

Selain itu, pihak Pemuda PAS juga sempat menyatuni dan menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

Program turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Nur Azmi Yusuf dan Ketua DACS Wangsa Maju, Mohd Asri Abdul Wahid.