Home Artikel PAS Wilayah

Bubur lambuk buah tangan istimewa PAS Taman Beringin, Pemuda PAS Batu

79
SHARE

BATU 24 April : PAS Cawangan Taman Beringin bersama Pemuda PAS Batu telah mengadakan program masakan dan edaran bubur lambuk kepada penduduk sekitar Taman Beringin dan PPR Beringin baru-baru ini.

Program yang mengambil masa selama setengah hari ini dimulakan dengan gotong royong memasak bubur lambuk, seterusnya pembungkusan dan agihan yang turut dibantu oleh para belia di situ.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PAS Cawangan Taman Beringin dan PAS Kawasan Batu kepada penduduk sekitar di samping menyantuni pengundi muda serta menggalakkan budaya memberi dan berkongsi rezeki juadah berbuka puasa sesama masyarakat setempat.

Turut memeriahkan program ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Farkhan Md Zin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu, Ustaz Norhan Hamsi dan para pimpinan Pemuda PAS Batu.

PAS Cawangan Taman Beringin yang ditubuhkan dua tahun lepas diketuai oleh Ustaz Ahmad Afendi Abdulatif dan dianggotai oleh 35 orang ahli.

Para penggerak PAS cawangan ini komited menerapkan nilai integriti melalui penerangan tentang kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat di situ.