Home Berita PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju Bentuk EXCO Mantap Hadapi PRU16

56
SHARE

WANGSA MAJU | 24 Mei 2025 — Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju (DPPWM) mengorak langkah awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan membentuk barisan EXCO baharu yang mantap, berstrategi dan bersedia menggalas amanah perjuangan.

Menurut Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Beyhaqi bin Ramli, barisan EXCO ini dibentuk bukan sekadar untuk mengisi kerusi, tetapi untuk memperkemaskan gerak kerja jentera Pemuda di semua sektor utama — pendidikan, kebajikan, dakwah, politik dan pengundi muda.

Kita tidak menunggu musim pilihan raya untuk mula bergerak. Kita sudah mula dari sekarang  untuk mendidik, menyusun, dan menembusi hati rakyat. PRU16 adalah medan kita buktikan bahawa Pemuda PAS Wangsa Maju adalah kuasa lapangan sebenar, bukan sekadar retorik maya,” tegas beliau.

Berikut adalah senarai penuh barisan EXCO DPPWM sesi 2025–2027 :

Ketua Pemuda: Beyhaqi bin Ramli

Timbalan Ketua Pemuda: Muhd Izzuddin bin Hamidan

Naib Ketua Pemuda: Muhammad Fauzan Bin Abdul Ghani

Kita bukan parti bermusim. Kita jentera yang hidup setiap hari di tengah masyarakat,” tambah Ustaz Beyhaqi lagi.

Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju kini bersedia dengan gerak kerja jitu, mewakili denyut nadi rakyat marhaen dan bersedia menjadi penentu gelombang di PRU16 nanti.