Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS, UMNO,MIC dan MCA Kedah tolak politik rebut kuasa

1800
SHARE

KENYATAAN MEDIA BERSAMA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH, PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH, PEMUDA MIC NEGERI KEDAH DAN PEMUDA MCA NEGERI KEDAH

Sabtu | 15 Jun 2019

Kerusi MB Kedah: Tolak Politik Kuasa, Kepentingan Rakyat Mesti Didahulukan

Kenyataan Datuk Johari Abdul selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Kedah bahawa beliaulah orang pertama yang akan mengemukakan cadangan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penstrukturan semula urus tadbir Negeri Kedah agar menjadi sebuah negeri maju jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menzahirkan betapa ada satu agenda “politicking” dari PKR yang kelihatan mahu menyingkirkan Menteri Besar Kedah yang sedia ada iaitu YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Kenyataan beliau adalah sangat mejejaskan kestabilan politik Negeri Kedah yang akan mengakibatkan kerugian kepada rakyat jelata.Kini rakyat tertanya-tanya apakah bentuk masalah-masalah yang menghambat rakyat Kedah selama ini dibawah Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dan adakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai tongkat sakti mampu menyelesaikan semua masalah dalam tempoh singkat sekiranya di nobat sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Kami menegaskan bahawa agenda membangunkan negeri dan membantu rakyat adalah tanggugjawab kepimpinan parti pemerintah yang berkuasa sekarang, maka tidak perlu menunggu apa-apa perubahan pucuk pimpinan kerana jelas akan mengakibatkan penangguhan masa yang merugikan rakyat.

Maka kami berharap kepimpinan yang telah dipilih rakyat perlu kekal memimpin hingga tamat penggalnya untuk memastikan agenda untuk negeri dan rakyat berjalan lancar tanpa ada unsur sabotaj, bersifat politik mengutamakan kuasa dan sentimen tertentu.

Pihak kami juga menyarankan agar Dato’ Seri Mukhriz Mahathir agar memainkan peranan memimpin dengan lebih baik, kerap turun bersama rakyat, dan lebih banyak berada di Kedah berbanding lebih banyak masa di luar negeri.

Kami juga berharap kepada seluruh exco-exco kerajaan negeri Kedah agar menjalankan tanggungjawab tidak bersifat mementingkan peribadi dan parti , tetapi mesil adil dan saksama kepada semua kaum dan agama di negeri Kedah.

Rakyat kini dihambat dengan pelbagai kemelut seperti kos sara hidup yang tinggi , pendapatan yang rendah dan tidak seimbang , masalah keperluan asas yang kritikal seperti bekalan air, janji harapan yang musnah dibawah mulut manis pemimpin Pakatan Harapan , maka pemimpin Pakatan Harapan di minta tidak menonjolkan agenda bersifat peribadi , mesti mengutamakan kepentingan rakyat.

Yang Benar,

Nurul Amin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Mohd Fadzil Zulkifli
Ketua Pergerakan UMNO Negeri Kedah

Jeevabalan Jayaraman
Ketua Pemuda MIC Negeri Kedah

Tan Chee Hiong
Ketua Pemuda MCA Negeri Kedah