Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Pemuda PAS Terengganu tuntut semua pimpinan parti fokus stabilkan ekonomi Malaysia

60
SHARE

PEMUDA PAS TERENGGANU TUNTUT SEMUA PIMPINAN PARTI FOKUS STABILKAN EKONOMI MALAYSIA

1. Pemuda PAS Terengganu menyokong pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) agar semua pucuk pimpinan parti di Malaysia wajar memberi fokus dalam mengukuhkan kerjasama antara semua pihak selari dengan hasrat Tuan Guru Presiden agar semua pihak dapat memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.

2. Pemuda PAS Terengganu juga menyokong hasrat DPPM agar semua pihak dapat menjulang prinsip ‘agree to disagree’ dalam mendepani keadaan ekonomi domestik dan global yang masih kurang stabil agar dapat menstabilkan kembali ekonomi negara.

3. Pemuda PAS Terengganu akan terus bersama DPPM dalam memastikan agenda penyatuan ummah dapat diperkukuhkan terutamanya di Terengganu yang tercinta.

“Awok Kite Boleh Harap”
“Teguh Pertahan”
“Terengganu Maju Berkat Sejahtera”

Ustaz Mohd Irsyad Burhanuddin
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu